Sunday, September 12, 2010

kenapa student lelaki tidak suke library?


Perpustakaan adalah ruang atau gedung yang digunakan untuk menyimpan buku dan sumber rujukan. Walaupun pelbagai kemudahan disediakan di perpustakaan untuk membantu pelajar mendapatkan sumber rujukan tetapi ramai yang tidak berminat untuk ke perpustakaan.

sebab ape ramai student xnk g library? especially yg laki la.. macam ak,ak pon malas nk pegi.. maybe antara alasan2 nye ialah:

1. Perpustakaan jauh laa
  • Penatla nk jalan dari kelas o hostel nk g perpustakaan. Kalau baru lepas makan tu boleh lapar balik bila dah sampai perpustakaan. Bila dah letih rehat sekejap, pastu tertido. Bangun2 je dah malam.

2. Gagal mencapai objektif
  • Maklumlah, lelaki ni jenis yang suka berkelompok,bawak geng la katekan. Kalau nak buat baik o jahat biar beramai-ramai.dalam kes ini pon same.ajak ramai2 pegi perpustakaan, tapi bila dah ramai-ramai ni dah jadi sesi berborak pula. Akhirnya objektif gagal di capai.

3. Suasana perpustakaan yang sunyi
  • Lelaki tak suka suasana yang sunyi. Lelaki lebih suka suasana yang agak bising,riuh ckit pon ok laa,walaupun untuk belajar. Sebab tu ada yang belajar sambil mendengar lagu di radio. Kalau sunyi, macam dok kt rumah mayat la pulak.

4. Lelaki belajar bukan utk show of(menunjuk la katenye)
  • Kebanyakkan lelaki tidak suka di gelar 'ulat buku'. Mereka suka mengejek orang lain yang suka belajar bilamana ternampak mereka(yg skema2 tu la kononnye) belajar. Padahal mereka juga akan belajar juga secara senyap-senyap tanpa pengetahuan orang lain. Dari luaran nampak macam kutu tetapi bila keluar result GEMPAK beb.. Baru Macho!Gerek!

5. Tak tahan godaan mata
  • Ye laaa bila dah ramai pelajar perempuan belajar kat perpustakaan tentunya mata lelaki tak boleh duduk diam,meliar memerhatikan awek-awek yang cun dengan harapan boleh dapat seorang. Nak buat macam mana dah lumrah lelaki suka memerhatikan yang cantik-cantik. Akhirnya sekali lagi objektif gagal di capai.

No comments:

Post a Comment